Today I decided to write my post in Malay..
Ramadhan menjelma lagi..umat Islam diwajibkan menunaikan Rukun Islam ini dengan berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan..Puasa secara relatifnya diertikan sebagai menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..(itu yg pernah aku belajar dulu). Jadi sebagai seorang muslim, aku telah mula puasa penuh sebulan tanpa ponteng sejak berusia 12 tahun..tahun ini InsyaAllah 13 tahun aku berpuasa dan menghayati erti "Berpuasa".
Dahulu, semasa zaman kanak-kanak dan remaja, waktu berbuka puasa adalah waktu yang dinanti-nantikan..tak sabar nak berbuka bersama keluarga yg duduk makan bersama (satu fenomena yg hanya boleh dilihat di bulan Ramadhan sahaja bagi keluarga aku)..
Apabila belajar di universiti, diri aku tiada upacara "berbuka puasa" seperti yang lain..berbuka puasa aku waktu itu sekadar minum air milo 3in1 yang dibancuh sendiri di bilik..mana taknya, aku walaupun di bulan Ramadhan terpaksa menjalani latihan cycling dan running..anatara 5petang hingga 7 malam..jadi bilalah masa aku nak ke bazar Ramadhan..namun adalah juga seminggu sekali aku ke bazar Ramadhan membeli juadah berbuka puasa..selesai solat maghrib diikuti bacaan surah Yasin, barulah aku keluar cari makan..waktu itu istilahnya keluar "makan malam"..hanya aku seorang diri makan di restoran atau arked..(cepat sikit dapat makanan tak payah tunggu lama). Itulah Ramadhan yang aku telah jalani selama 5 tahun aku menuntut di UTM.
Kini setelah mencecah usia dewasa, kadang-kala aku terpaksa berbuka di ofis (bermula 2006), dalam perjalanan pulang ke rumah, atau sekali-sekala bersama yang tercinta..tapi aku masih beruntung kerana berpeluang melalui kembali berbuka puasa bersama keluarga di rumah..(skrg ni asek miss je, tak on time sampai rumah)..tp at least dapat makan masakan mak, dan memerhatikan adik-adik kecil aku melaksanakan tugas-tugas khas mereka..(sama seperti aku berdua dgn adik kedua dahulu)..
No comments:
Post a Comment