Followed is a one of the great quetion from my blog reader Mr Nurashid..then I decided to shared his problem with the others..here is my answer regarding his question..
Nurashid wrote:>
"Bro, tumpang tanya eh. Ku baru je baca blog ko. Kenapa lepas ku lari 21km, satu hari mesti mengantuk. Sebab pagi tadi lari 21km. Aduh, tak hengat ngantuk kat opis. Ada ke cara nak hilangkan ngantuk tuh, makan ke. Minum ke. Kenapa eh mengantuk? Takkan nak kata badan membakar sampai mengantuk jadinye. Kalau ku cycling ke opis, walaupun start kul 4 pagi, takde le ngantuk camni. Mintak penjelasan please.."
"SALAM RAMADHAN..
terima kasih kerana view blog saya..just a humble blog utk dikongsi..
actually, mengantuk ni disebabkan kekurangan darah yang mengandungi oksigen sampai ke otak kita..
faktanya, otak kita memerlukan hampir separuh daripada kuantiti oksigen dalam paru2 yg kita mampu supply apabila bernafas..selebihnya dibekalkan ke sistem pencernaan, sel-sel, termasuklah otot-otot..
Aktiviti berlari pula melibatkan penggunaan otot yg lebih banyak berbanding berbasikal..of course perlu melangkah dan menghayunkan tangan..(jgn la pulak lepas ni tak hayun tangan sbb nak jimat oksigen).
Apabila berada dalam fasa post activity, otot2 yg telah bekerja tadi memerlukan oksigen yg lebih byk drpd keadaan normal..ini berlaku disebabkan otot2 tadi 'bernafas' secara abnormal..(kuantiti yg diperlukan melebihi daripada jumlah supply)..maka setelah saudara berehat pun, otot2 tadi masih lagi menagih/meminta oksigen untuk di'supply' kepadanya..oleh itu, bekalan darah yg beroksigen ke otak pun terpaksa dihadkan dan dihantar ke otot2 yg memerlukan itu..(actually sel-sel)..
Antara kemungkinan yg berlaku semasa fasa DURING ACTIVITY adalah:
1) saudara bernafas dgn tidak cekap (ayat lain tidak betul)..
2) saudara melakukan aktiviti menghampiri anaerobic threshold di mana otot dipaksa bekerja tanpa mendapat kuantiti oksigen yg sepatutnya diperlukan..
Cara mengatasi:
1) Bernafas dengan betul iaitu pastikan nafas ditarik dan dihembus sepenuhnya utk memaksimumkan pengeluaran gas karbondioksida dari tubuh..
2) Latihan biasa endurance hanya bersekitar 60-65% daripada kadar nadi maksimum saudara..(melainkan saudara berlatih untuk memaksimumkan kadar anaerobic threshold saudara-bagi menghadapi perlumbaan yg memang laju-tetapi itulah risikonya)
Lain-lain pembolehubah saya tidak bincangkan di sini..antaranya faktor makanan yg di ambil post race (sistem pencernaan memerlukan oksigen utk mencerna makanan saudara), selain suhu rendah di pejabat yang berhawa dingin..
Begitulah sedikit penjelasan secara separa saintifik untuk fahaman saudara dan umum..
wasalam,".
DrBlack
No comments:
Post a Comment