Mengikuti sesuatu kursus memerlukan daya tumpuan dan ketahanan mental yang tinggi. Peserta harus mengikuti ceramah, aktiviti dan latihan yang diadakan bagi meninggikan lagi daya kefahaman seseorang peserta. Ini sekaligus menghasilkan peserta yang mampu memenuhi objektif kursus.
Berada dalam Kursus Penyuntingan bermula 22-24 Oktober 2008, yang dianjurkan pihak UTM hasil kerjasama antara Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar dan Penerbit UTM Press. Objektif kursus yang diadakan antara 8:30 pagi hingga 5:00 petang ini adalah:
- Mendalami kaedah penyuntingan sama ada karya asli atau karya terbitan
- Mengikuti piawaian teknikal dalam kerja penyuntingan
- Memahami proses penerbitan sesebuah buku sama ada karya asli atau penterjemahan
- Mengetahui kaedah penulisan dan penyuntingan bagi pembinaan petikan, bibliografi, dan indeks
"so by the end all participants in this course should be potential UTM future editors.."
No comments:
Post a Comment