Wednesday, July 29, 2009

Malaysian Sport Industry Convention (KISMAS 2009)




Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) akan menganjurkan Konvensyen Industri Sukan Malaysia 2009 (KISMAS 09) pada 7hb dan 8hb Ogos 2009. Konvensyen ini akan diadakan di Berjaya Times Square Convention Centre, Kuala Lumpur yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Objektif utama penganjuran konvensyen ini ialah untuk menjana pembangunan sukan sebagai suatu industri di Malaysia dengan lebih professional, teratur, berkualiti, kompeten dan menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, ia juga diharap dapat menggalakkan rakyat terlibat secara aktif di dalam sukan dan rekreasi agar faedahnya dapat dirasai seluruh Negara sekaligus membentuk “1 BELIA 1 MALAYSIA”.

Para jemputan khas “by invitation only” terdiri daripada CEO-CEO mahupun presiden-presiden syarikat swasta korporat, bank, insurans, hotel, kelab, universiti, persatuan-persatuan sukan, wakil semua kementerian berkaitan, agensi kerajaan, pengarah Majlis Sukan Negeri, Exco Majlis Belia Malaysia, Exco Sukan Negeri, blogger, editor sukan dari media cetak dan media elektronik.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai KISMAS 2009, bolehlah menghubungi Sekretariat, Cawangan Industri Sukan dan Sukan Pelancongan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KBS atau melalui:

En. Azman bin Maarof 03-8871 3348 Emel: gman@kbs.gov.my
Cik Normila Ismail di talian 03-8992 9759 Emel: normila@isn.gov.my
atau
Emel: kismas09@isn.gov.my atau kismas09@gmail.com


No comments:

Post a Comment