Perkembangan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit, internet dan jaringan dunia tanpa wayar ini menjadikan dunia yang dahulunya luas, semakin sempit. Zaman purba manusia menggunakan asap, api, askar berkuda untuk menghantar maklumat. Kemudian berkembang menggunakan teknologi telegram, telefon talian tetap dan posmen. Menjelang lewat kurun ke-20 ini, keperluan manusia berkomunikasi meninggkat sehingga terciptanya teknologi seperti yang disebutkan awal tadi.
Dekad 90-an, menyaksikan manusia mula mengenali internet, dan melayari internet itu merupakan suatu ativiti mewah ataupun aktiviti yang jarang dilakukan oleh kebanyakan khalayak. Namun bermula dekad 2000-an ini internet menjadi suatu keperluan bagi masyarakat IT terutamanya generasi muda. Melalui internet pelbagai urusan boleh dilakukan dari mendapatkan maklumat, menyebarkan maklumat, melaksanakan urusan harian seperti membayar bil, melakukan transaksi wang dan bermacam-macam lagi.
Fenomena blogging wujud pada awal 2005, dan sejak dari itu banyak laman-laman blog dicipta dan mendapat sambutan daripada masyarakat IT yang ingin berkongsi maklumat dan pendapat dengan yang lain.
Perkembangan kewujudan blog-blog berunsurkan sukan semakin banyak dan menjadi medan utama penggemar-penggemar sukan di negara ini menyiarkan maklumat seperti aktiviti, pertandingan, pendapat, gambar-gambar dan tidak kurang juga pendidikan informal kepada pembaca. Perkembangan positif ini perlu digunakan dan dimaksimumkan sebaik mungkin. Usah menjadikan blog-blog di kalangan peminat/penggerak sukan di negar ini sebagai medan melahirkan idealogi politik yang busuk. Sebaliknya jadikan ia medan untuk membakar semangat dan menyuntik paradigma baru di kalangan kita.
Semoga peminat/penggerak sukan di negara ini semakin ramai yang mempunyai alamat blog masing-masing.
No comments:
Post a Comment