Dua bulan telah meninggalkan rutin harian di UTM, meninggalkan keluarga, pasukan sekerja, dan yang teristimewa. Mengharungi cabaran baru yang mendatang sehingga 2010 nanti. Kehidupan sebagai penuntut lepasan siswazah cabarannya berbeza berbanding zaman ijazah pertama. Namun begitu, fokus terhadap misi utama perlu jelas dan lurus.
Walaupun cuba menambahkan lagi pengalaman dalam bidang yang berlainan dari ruang akademik, tidak bermakna perlu memandang ringan akan bidang baru ini. Bidang ini merupakan bidang baru yang pertama mula dilaksanakan oleh anak Malaysia, berbangsa Melayu. Selama ini dunia dan orang tempatan melihat bidang ini dimonopoli oleh 'mat saleh', namun kini apa salahnya meletakkan potensi setaraf dengan mereka. Semoga pada suatu masa nanti kejayaan dan penghormatan diperolehi daripada pengiktirafan masyarakat dunia.
Dua bulan telah berlalu, maka dua bulan lagi menuju ke kemuncak semester ini. Tugasan, syarahan, ujian dan peperiksaan akhir perlu diharungi dan dilengkapkan. Agar diberikan kekuatan, kesempatan dan keupayaan unggul dalam mencapai apa yang dihajatkan.
No comments:
Post a Comment