Pengorbanan juga bukan sahaja dizahirkan dengan menumpahkan darah melalui binatang sembelihan, namun peristiwa tersebut lebih banyak yang tersirat dalam erti pengorbanan. Maksud pengorbanan itu sendiri terlalu subjektif dan bersandarkan kepada individu.
Berkorban, terkorban, dikorbankan, mengkorbankan menambahkan lagi senario pengornan itu sendiri (bukan sahaja menunjukkan Bahasa Melayu indah dengan penambahan imbuhan pada kata akarnya, tapi menunjukkan betapa kayanya ia dengan maksud yang berbeza-beza).
Bagaimana individu itu menghadapi dan menangani sesuatu situasi yang dihadapi sepanjang tahun pasti tidak lepas dengan nilai-nilai pengorbanan. Secara dasarnya pengorbanan itu satu nilai yang suci dan amat dituntut oleh agama Islam serta dapat mendekatkan penganutnya dengan kesyumulan (syumul = sesuai untuk semua zaman, bangsa, jantina, budaya) Islam itu sendiri.
Pastinya, nilai pengorbanan individu itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan material.
Di bawah adalah beberapa post di wall Facebook saya semasa Aidiladha lalu:
"Haji, kami dtg mau tolong org kerja2 korban la, bukan bukan mengharapkan sgt nak daging korban 9-10kg sorang..jgn takut la, kami bukan generasi mcm Haji, kami buat kerana Tuhan yg kami percayai.." kata seorang belia kpd Haji yg menghalangnya berada di kawasan 'korban'
Belia: Haji dah bahagikan bahagian utk fakir taman kita ni? Dr td yg dtg semua naik kereta, ada kupon daging..
Haji: Lembu tak byk nak, utk yg ada kupon je, yg selalu dtg masjid baru dpt kupon..
Belia: Oo..tp kitab agama saya kata 1/3 bahagian daging utk pemilik, 1/3 utk keraian dan 1/3 yg paling utama utk fakir miskin..
Haji: Lembu tak byk nak, utk yg ada kupon je, yg selalu dtg masjid baru dpt kupon..
Belia: Oo..tp kitab agama saya kata 1/3 bahagian daging utk pemilik, 1/3 utk keraian dan 1/3 yg paling utama utk fakir miskin..
No comments:
Post a Comment