Wednesday, November 14, 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H

Hari ini genap setahun secara rasmi aku bekerja sebagai penyelidik di Pusat Inovasi & Teknologi Sukan UTM. Di mana aku meneruskan usaha mencari sesuap nasi dan sedikit simpanan wang.

Jika tahun 1432H sebelum itu, aku berhadapan dengan perbagai 'anasir syaitan, ketamakan manusia & sifat suka menjatuhkan manusia lain' di majikan lama, tahun 1433H menampakan sinar yg agak gemilang untuk aku menjalaninya. 

Alhamdulillah pelbagai tugasan besar, kecil, misi-misi penting dan pertandingan-pertandingan yang aku belum terfikir untuk menyertainya sebagai peserta yang cemerlang sewaktu di bawah tempurung majikan lama. Pelbagai peluang dan usaha yang telah aku sertai dan diarahkan untuk menyertai dilakukan oleh diriku. Setentunya peluang-peluang dan usaha-usaha selama berlangsungnya tahun 1433H yang bakal berakhir ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti modal insan diriku.

Semoga tahun 1434H yang bakal menjelma sebentar lagi akan memberikan lebih ruang, peluang dalam mencerahkan laluanku menuju destinasi yang panjang itu.

Beyond Sports Science mengucapkan 

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H




No comments:

Post a Comment