bila manusia kembali memenuhi surau di malam hari,
bila budak-budak keluar malam konon ke Tarawikh tapi tiada di surau,
bila orang keluar berbelanja gila-gila,
bila kemasukan gula sentiasa berkurangan,
bila kemasukan duit yang banyak datang dari jualan makanan yang kurang kualitinya,
itu tandanya Ramadhan sudah menjelma.."
Di atas antara situasi yang sering di alami oleh kebanyakan rakyat di negara ini. Kemunculan Ramadhan sentiasa dinantikan oleh mereka yang mengenali erti penghayatan bulan yang penuh keberkatan ini.
Gambar semasa Konvensyen Industri Sukan Malaysia 2009 di Berjaya Times Square
Penghayatan yang unggul bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, tetapi keteguhan iman menjaga puasanya daripada dinodai unsur-unsur kemaksiatan dan kemungkaran.
Dalam berbelanja, rakyat Malaysia tidak lokek menabur sejumlah wang di meja juruwang di pasaraya besar, di pasar-pasar Ramadhan, dan juga di restoran atau hotel-hotel mewah bagi memenuhi nafsu mereka. Sukar melihat wang tersebut ditaburkan kepada golongan fakir, anak-anak jalanan dan warga tua dengan ikhlas tanpa perlu ada liputan media dan replika cek sebesar pintu.
Kedaifan golongan yang memerlukan bantuan melihat Ramadhan sebagi bulan rahmat di mana mereka akan lebih di hargai dan pada penghujungnya mereka bakal menerima bantuan wang zakat-sebuah sistem kewangan Islam yang sangat bijak.
Kenaifan pemikiran golongan yang berada membuatkan Ramadhan sebagai bulan untuk rakus berbelanja memenuhi tuntutan nafsu makan, nafsu perabot baru, nafsu hiasan rumah baru, nafsu kenderaan baru, nafsu pakaian baru dan nafsu meraikan Aidilfitri dengan sambutan yang gilang-gemilang. Tidak dilupakan Ramadhan juga dilihat sebagai bulan untuk bermulanya kiraan akaun buku hutang bagi tahun yang baru.
Semoga Ramadhan bagi diriku pada tahun ini membawa seribu keberkatan dan keinsafan dalam mensyukuri segala nikmatNya. Supaya nanti akan dikurniakan gandaan limpahan rezeki dan kebahagiaan buat diriku, keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku dan kenalan-kenalanku. Jauhilah kami dari kedaifan zahir dan kenaifan akal fikir.
Salam Ramadhan..
No comments:
Post a Comment