Selasa 28 April melengkapkan hari-hari semester pertama sebagai pelajar postgraduate di UPM. Setakat masa ini belum lagi merasai tekanan sebenar pelajar postgraduate. Mungkin akan merasainya secara berperingkat-peringkat. Namun tiada apa yang dapat memperlahankan dan memberhentikan momentum untuk mencapai kecemerlangan.
Mei dan Jun adalah masa cuti. Akan digunakan sebaiknya dengan aktiviti yang dapat memberi manfaat untuk diri dan masyarakat. Tumpuan utama semestinya latihan intensif untuk Malakoff University Duathlon Series 2009 pada Julai nanti. Keduanya tumpuan kepada aktiviti Mahkota Bikers (memandangkan menyandang jawatan pemangku Setiausaha) sepanjang dua bulan ini. Seterusnya tentunya terhadap aktiviti rekreasi luar di negeri Johor dan Kebangsaan.
Namun, dua bulan semester bercuti, bukanlah suatu jangka masa yang begitu lama apabila sibuk dengan aktiviti yang berfaedah.
No comments:
Post a Comment