Jika kini rakyat Malaysia dikejutkan dengan perletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih di BAM, berkuatkuasa awal Januari 2011, seharusnya harus sedar bahawa krisis BAM-jurulatih pernah berlaku seawal tahun 2010 yang melibatkan ketua jurulatih beregu negara Rexy Mainaky.
Rakyat Malaysia juga seharusnya telah sedar bahawa sudah banyak drama yang dipertontonkan oleh BAM dalam mencari 'pasal' dengan jurulatih-jurulatih mereka. Antara nama yang pernah membawa gemilang kepada badminton negara seperti Morten Frost, Park Joo Bong, Indra Gunawan semuanya pernah ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan BAM. Jurulatih-jurulatih ini meninggalkan BAM dengan alasan komitmen kepada keluarga. Walhal terdapat versi yang ditapis/yang tidak ditayangkan di dalam drama terbitan BAM. Memungkinkan terdapat skrip-skrip 'longkang' yang tidak sesuai dipersembahkan kepada khalayak yang rata-rata 'cetek pengetahuan pengurusan badan sukan peringkat kebangsaan'.
Morten Frost & Indra Gunawan
Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang mengetahui, berbicara dan memspekulasikan isu-isu ini berkait rapat dengan metod pengurusan dan ketelusan pentadbiran BAM itu sendiri. Mereka berpendapat sukan telah dipolitikkan, sukan telah dikaburkan dengan kuasa kewangan, dan lain-lain pendapat yang cuma dibicarakan di kedai-kedai kopi.
Mengapalah diletakkan individu yang bukan ‘ahlinya’ untuk mentadbir dan menguruskan selok-belok sukan badminton negara. Sedangkan sukan inilah yang diharapkan bakal membawa pingat emas Sukan Olimpik negara pada 2012. Bidang sains dan teknologi sukan seharusnya lebih ditekankan dan diperkasakan penguasaanya bermula dari para atlet, barisan jurulatih malah barisan kepimpinan BAM. Bukan lagi menimbulkan pertelagahan berkaitan isu autoriti, politik, kewangan, disiplin dan lain-lain hal remeh-temeh. Mainkanlah watak dan tanggungjawab yang dipikul dengan berkesan, nescaya akan menjadi lagenda tersohor negara.
Sesungguhnya tanda-tanda kecil kiamat sudah terang lagi bersuluh banyak berlaku dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan sekecil-kecil organisasi, hinggalah kepada hal-hal pentadbiran kerajaan. Sesungguhnya, kebinasaan akan berlaku kepada umat/pengikut yang melantik ketuanya yang bukan daripada bidang yang diketuainya.
"Kiamat Sudah Dekat!"
asalamualaikum dan selamat malam....disini komen utk isu yang telah terjadi kepada jurul.atih negara untuk sukan badminton dan juga pemain kedua terhandal didunia iaitu lee chong wei adalah sesuatu kejutan malah akan membuatkan semua penyokong sejati badminton akan tertanya-tanya......oleh itu keadaan ini sangat mengejutkan semua peminat badminton....
ReplyDeleteuntuk masalah dan isu mementingkan autoriti yang berlaku dalam BAM juga sebahagian tanda-tanda kecil kiamat...ya saya sgt bersetuju dgn perkara ini kerana isu yang berlaku skrg...byk dan nyata menunjukan "the end of the wolrd"....oleh itu ia amat lebih berhati-hati....