Sudah seminggu kita lalui tahun baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi. Pelbagai kenangan sepanjang 2008 dilalui. Suka duka, pahit manis, kejayaan dan kegagalan.
Pengajian ijazah sarjana perlu dimulakan. Penghijrahan dari Johor Bahru ke Lembah Kelang. Pertukaran suasana kehidupan. Tinggal bersama keluarga kepada tinggal bersama sahabat. Rutin sebagai staf universiti bertukar sebagai pelajar universiti.
Namun hakikatnya perjalanan kehidupan ini baru memasuki fasa baru. Pelbagai azam dan iktikad yang positif telah ditanam dan disemat dalam jiwa. Matlamat untuk menjadi warga manusia yang berjasa.
Permasalahan dan kesulitan cuma menjadi watak-watak yang perlu ada dalam skrip cerita kehidupan. Cabaran pula hadir sepanjang jalan menuju matlamat. Dugaan dan godaan sekadar watak picisan melengkapkan penceritaan sebagai insan.Semoga hijrah yang dilakukan ini membawa sejuta keberkatan dan dilindungiNya dari sebarang perkara yang membuatkan kita terlupa matlamat asal.
Agar tahun ini memberi seribu pengertian yang bermakna dalam menjalani sebuah penghijrahan seorang HambaNya...
No comments:
Post a Comment