Wednesday, December 10, 2008

Rajuk Tak Berpujuk

Seakan merajuk dengan prestasi diri sendiri semasa Powerman 2008 yang lepas..nak tulis report Powerman yang lepas pun rasa geli..kebelakangan ni pula kurang bernafsu untuk turun berlatih..ditambah pula dengan tanggungjawab besar memastikan program Bina Insan Guru (BIG) berjalan lancar..bekerja 24-7 selama 15 hari berturut-turut..

Semasa BIG hanya melatih pelajar abseiling dan wall climbing..dapatlah sedikit workout secara tidak langsung untuk diri sendiri..endurance training langsung tak sentuh..kasut lari dah nak bersawang..

Dalam keadaan mental yang tertekan sekarang ni, semakin jadi malas nak training..tapi pagi tahu terbaca jurnal mengatakan "athletes who are overtraining need to stop doing their training 3-5 weeks after his last performance"..sekarang dalam mode itu, berhenti berlatih seketika..

Kesimpulannya, kena rehat seketika, selesaikan urusan di UTM, bersedia ke UPM..tahun depan mula berlatih di Lembah Kelang terutamanya UPM dan Putrajaya..

bak kata Rosham Noor, "KUALA LUMPUR, AKU DATAAAAAAANG!"

No comments:

Post a Comment