Sempena musim perayaan ini, kebanjiran kenderaan yang berduyun-duyun melimpahi lebuhraya, jalanraya dan jalan batu kerikil bakal menyaksikan suatu pesta yang tak sudah. Pesta di mana perarakan selama hampir 10 hari dan 10 malam, mengalahkan sambutan Hari Kebangsaan 2010 yang tersangat hambar. Sedih sebagai rakyat Malaysia mengetahui sambutan Hari Kebangsaan yang sugul lagi sepi.
Kegilaan masyarakat Melayu umumnya untuk menyambut Syawal (30 Hari) menjadikan Pesta yang Tak Sudah ini senantiasa meriah dengan jumlah lawatan yang meningkat ke hospital-hospital (terutamanya hospital kerajaan), kekerapan penggalian liang lahat di tanah perkuburan (penggali kubur pun nak beraya..kesian kena OT) dan pertambahan bilangan anak-anak yatim di Malaysia.
Oleh itu, ungkapan yang agak sinis dan tiris telah dipaparkan di wallpost Facebook saya. Berikut adalah beberapa wallpost di Facebook saya sempena 7 hari terakhir Ramadhan 1431 Hijrah..
"Pesta masuk hospital beramai-ramai dan masuk ke kubur beramai-ramai bakal bermula petang ini..nantikan berita mengenainya"
"Terdapat 1121 pesta semalam dan 10 menemui matlamat..apakah pesta ini akan semakin meriah? saksikan berita malam ini.."
"Rancang perjalanan, berhemah dan beretika menghindarkan anda daripada terjebak ke dalam 'pesta'.."
"Pesta semakin meriah..1322 pesta telah berlangsung, 23 pulang selamanya"
"Pandu Dengan Berhemah dan Berotak, Bukankah Kita Dah Bertamadun"
No comments:
Post a Comment