Monday, September 29, 2008

SALAM AIDILFITRI

1 Syawal akan menjelma dan Ramadhan meninggalkan kita. Ini bermakna seramai 2 bilion umat Islam serata dunia akan menyambut Aidilfitri..diraikan sebagai merayakan kemenangan setelah berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan..

Aidilfitri di Malaysia merupakan perayaan yang disambut besar-besaran oleh kebanyakan Muslim berbangsa Melayu..upacara balik kampung, menziarah tanah perkuburan, menziarah sanak-saudara, sahabat handai, memasak hidangan istimewa, menukar pakaian baru, menghias rumah, bagi duit raya, main mercun, hilang anggota badan, menangisi pemergian anggota keluarga dan juga kemalangan maut akan bertambah??

Aidilfitri di kalangan Melayu kebanyakannya menjurus ke arah pembaziran dan boros..tidak tahu mengapa menjelang Aidilfitri segala perkara yang aliran keluar melibatkan wang ringgit akan berlaku..adakah kerana ingin menunjuk-nunjuk? Menampakkan taraf hidup melalui pakaian, hidangan kuih-muih, perhiasan rumah, nilai duit raya, kenderaan baru, malah majlis rumah terbuka..semua ini merupakan ejen-ejen utama kecenderungan inflasi..fikirkanlah

Sempena Syawal ini sambutlah Aidilfitri dengan kemaafan, keinsafan dan kesetiaan bersama keluarga. Aidilfitri dirayakan meriah tetapi bersederhanalah dalam berbelanja. Hormat-menghormati sesama muda dan tua, berhemah di jalanraya dan yang utama keselamatan rumah apabila pulang berhari raya..

Akhir kata semoga Aidilfitri ini akan memberikan kebahagiaan dan limpahan rezeki kepada semua. Untuk atlet-atlet, makan berpada-pada, latihan jangan dilupa..

"Hope to see you soon in one piece!"


SALAM AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR BATIN
-mrblack-

No comments:

Post a Comment