Friday, October 29, 2010

KONVENSYEN INDUSTRI SUKAN MALAYSIA II (KISMAS II)

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menganjurkan Konvensyen Industri Sukan Malaysia ke-2 (KISMAS II) seperti butiran berikut:

Tarikh: 28 – 30 October 2010
Masa: 9.00 am – 5.00 pm
Tempat: Palace of the Golden Horses, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor

Antara objektif penganjuran adalah:
  • Untuk memberikan pendedahan dan maklumat terkini mengenai strategi menjana industri sukan ke arah pembangunan ekonomi negara
  • Untuk mengukuhkan kerjasama yang dinamik dari sudut perkongsian pintar, pengetahuan dan kemahiran dengan agensi-agensi Kerajaan, pihak swasta dan badan bukan Kerajaan
  • Untuk memperoleh inisiatif-inisiatif baru ke arah membangunkan industri sukan negara secara lebih fokus dan bersifat kompetitif
Beberapa tajuk yang turut dibincangkan adalah:
  • The Business of Sport Industry
  • Sports Hospitality: The Way Forward
  • Career Advancement in Sport Related Field
  • Foreign Investment Promotion Focusing The European and Asia Zone
  • The Malaysian Focus: Sharing My Business Secrets
  • Producing Future Event Managers: Strength and Opportunities among University Undergraduates
  • Asian Sport Industries and The Way Forward
  • Sports and Tourism In Malaysia
  • Media Networks and Viewership
  • Sport Sponsorship as a Marketing Communication Tool: Case Studies of CIMB.
  • Niche Marketing Strategy to Save Time and Money Applied by PETRONAS in Formula One
Semoga dengan penganjuran kali kedua KISMAS bakal menyemarakkan lagi pemahaman rakyat negara ini akan prospek industri sukan di Malaysia.

Industri sukan bakal mengatasi golongan 'penagih subsidi'!

No comments:

Post a Comment